Monday, May 25, 2009

orange tie - corporate color


today i wear formal attire... with orange color tie...


starting now, every Monday I will wear formal attire with orange tie.. corporate color of TM company. MMU is subsidiary of TM company.

Friday, May 22, 2009

Pie Telur Sajian Malam aku

Resipi terbaru aku..Pie Telur

Pie telur yang hampir siap dimasak

inilah keadaan pie telur yang sudah masak dan sedia untuk disajikan

yougurt, pie telur dan coaslow salad

pie telur

Pie telur bersama yougurt dan coaslow salad


Bahan-bahan:
5 biji telur
4 batang hotdog ayam
2 ulas bawang merah besar
4 sudu minyak masak
2 sudu mayonis
4 sudu sos cili
sedikit garam
sedikit serbuk jintan manis,
sedikit serbuk ketumbar,
sedikit serbuk lada hitam dan
sedikit serbuk ayam masak kurma
1/2 cawan air.

Cara memasak:
Panaskan minyak di dalam periuk leper. Masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu di dalam periuk leper tadi. Gaulkan sekejap dan masukkan hotdog ayam yang telah dipotong dadu.
Masukkan juga semua serbuk dan garam. Gaul sebati sehingga kering. Jika terlalu kering letakkan sedikit air bagi sebatikan bahan-bahan tadi. Tuangkan semua campuran yang telah di masak ke dalam pinggan yang sudah dibersihkan.

Kemudian, pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan sedikit garam dan kacau sehingga sebati. Masukkan minyak ke dalam periuk leper yang telah dicuci dan minyak tadi dipanaskan. Masukkan telur yang telah disebatikan ke dalam periuk leper. Biarkan selama 30 saat sebelum meletakkan semua campuran masakan pertama di atas permukaan telur. Kemudian tutup periuk leper itu untuk mempercepatkan proses memasakkan pie telur.

Setelah bau telur naik, tuangkan mayonis yang telah dicampurkan dengan sos cili di atas permukaan pie telur ini. Tutup semula tudung periuk leper dan biarkan selama 2 minit sebelum dipadamkan api pada dapur.

Jika ada chess, boleh diletakkan di atas pie telur ini untuk bagi rasa lagi sedap.

Sajikan bersama dengan yougurt dan coaslow jika ada.

Thursday, May 21, 2009

eksos kereta patah


pada tabung eksos kedua didapati patah...nasib batang eksos yg patah tak keluar...kalo tak tak geraklah kereta aku dibuatnya....

batang eksos yang patah telah ditanggalkan dari badan kereta

inilah kereta aku..special edition Gen 2 1.6 MME...

mekanik eksos tengah mencantumkan balik paip eksos lama dengan tabung silinder baru...

semua peralatan disini memang kaw-kaw nyer...memang completed giler...dah dikatakan kedai eksos....aku taknak lak pulak pasang paip eksos bunyi lagi vroom XXX takut telinga aku pula berderum dibuatnya.....

dugaan betol apabila eksos kereta aku patah disebabkan berkarat dan hentakan dari bumper jalan...sedih...aku spend banyak juak untuk tukar eksos tuk di Puchong atas idea member aku...itulah kelemahan eksos Gen 2 yang mudah patah dan karat...benda besi memang cepat karat...sekarang dah tukar jenis senitel...lagi tahan macam besi pagar rumah yang kilat zaman sekarang....

skrang eksos aku pun dah tak berbunyi macam biasa dah...lagi vroomm....

rutin harian aku Isnin ke Jumaat

inilah setiap hari aku di pejabat...headphone sentiasa dikepala sebab dok dengar lagu..kadang kerja juga kena edit audio files...


ini pula komputer di pejabat...sebelah PC tuh sijil derma darah yang ke-17...

Central Food Court MMU Cyberjaya berhadapan dengan stadium MMU

ini kawasan food court tempat aku dan member selalu singgah untuk tapau atau makan sarapan pagi dan tengahari...kedai paling best: Youp Cafe, Kak Long Panas dan Mak Teh Ayam Penyek...kedai lain...kedai mamak, kedai pakistan, kedai Arab dan kedai Iran...
Anyway...kedai Youp Cafe tetap jadi tumpuan waktu beli sarapan sebab Pak Youp sekeluarga yang mesra pelanggan...lauk pun semakin bertambah sebab ramai pelanggan...

semoga kedai pak Youp semakin ramai pelanggan dan pak Youp sekeluarga dimurahkan rezeki...

MyDIn baru di MITC Melaka






MyDin shopping complex telah dibukakan berdekatan dengan MMU Kampus Melaka wakni dibuka pada April 2009. MyDin ini terletak berdekatan dengan Masjid Melaka International Trade Center (MITC), Ayer Keroh Melaka.

Banyak juga barang baru dan harga berpatutan memandangkan MyDin ini baru dibukakan kepada pengunjung dan pelanggan.

Monday, May 18, 2009

taman negara endau rompin

kumpulan muslimat Usrah menjamu selera secara berkumpulan...makan ramai-ramai dalam satu talam

muslimin Usrah pun begitu...pakai kain pelikat mesti sarapan pagi

inilah hasil tangkapan ikan dengan kekawan di tepi lubuk


udang galah yang paling besar ditangkap oleh umpan aku sejak taman negara ini dibuka...kata staff taman negara di situ....

alhamdulillah, inilah hasil tangkapan aku setelah digoreng oleh aku

ni sebelah malam sementara menunggu barbeque siap

on the way nak pi tgk air terjun paling tinggi...member aku dari luar negara...

Air terjun yang paling tinggi di Taman Negara Endau Rompin...nak berenang disitu lebih baik lupa sahaja niat sebab dalam dan satu hal lagi arus yang kuat...

takder kerja lain...sementara menghirup udara bersih di awal pagi

berehat dulu menikmati bunyi-bunyi unggas dan burung

papan tanda base camp kat lubuk tapah...tempat ekspedisi ini bermalam

sejuk juga batu tempat aku bersandar...mana taknya...air sungai di pagi hari....

tunggu untuk sarapan bersama dengan kawan-kawan

ini geng-geng muslimin yang pi ekspedisi ini...

taklimat dari staff taman negara cara-cara nak survival dalam hutan

lubuk merekek salah satu lubuk kat taman negara endau rompin
roomate aku, budak junior MMU dan aku yang bertenggek kat pokok di tengah malam..takda dah idea nak posing maut...seluar basah bukan dok keluar...tapi dok redah air sungai...

nielah gambar lubuk tapah kat taman negara endau rompin...tak lalu nie tak sah mai ke sana


abdullah (roomate aku - yemen), lupa lak nama (saudi), mohamad tariq (libya),faris (saudi), aku, yazan (tebing barat, Palestin) Yusoff (jordon-palestin)

yazan (tebing barat, palestin) aku dan mohamad Nach (tebing barat, palestin)

bekok oh bekok...nie gambar aku waktu pi taman negara bekok kat Johor

bario

Monday, May 11, 2009

Nizar menteri besar sah Perak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut.. (berita selanjutnya di:http://www.malaysiakini.com/news/104038)

Aku sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan yang diperolehi seorang pemimpin yang bermaruah, adil dan saksama. Dikala kemelut yang melanda di negerinya, beliau dengan saf pimpinan lain tetap berdiri teguh mempertahankan hak-hak rakyat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka semua.

Itulah liku-liku kehidupan bagi seorang pemimpin yang ingin memerintah dengan adil dan saksama, ujiannya sentiasa menanti. Namun, Allah tidak membiarkan hamba-Nya dikalangan pemimpin yang adil kalah dalam perjuangan dalam menegakkan yang jalan yang benar dan mencegah jalan yang mungkar. Inilah harinya, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya dalam memaklumkan kepada semua manusia yang beriman sesungguhnya untuk mendapatkan kejayaan, pelbagai ujian perlu ditempuhi terlebih dahulu.

ALLAHU AKBAR....

Friday, May 8, 2009

apa sudah nak jadi di DUN Perak

Apa yang telah berlaku di DUN Perak amatlah sangat mengecewakan semua rakyat Malaysia kecuali kepada rakyat yang tidak endah tentang undang-undang perlembagaan. Keadaan perebutan kerusi speaker, speaker dipaksa oleh pegawai keluar dari dewan, penangkapan kepada sesiapa sahaja yang berbaju hitam, pelantikan speaker baru dalam keadaan huru hara walaupun speaker yang sedia ada masih sah dan belum meletakkan jawatan telah memberikan perspektif yang amat tidak elok kepada mata masyarakat Malaysia dan dunia tentang amalan demokrasi di Malaysia sekarang...

Apabila politik kucar kacir dgn tidak mengikut sistem perlembagaan yang sebenar, ekonomi akan turut terjejas, sosial semakin parah dgn sediada yang sudah parah....

Adakah inginkan kuasa, peraturan perlembagaan yang sebenar dimainkan dan diputarbelitkan...alangkah rakusnya orang-orang sebegini......

Walaupun kuasa dirampas, orang-orang sebegini kena ingat bahawa kuasa sebenar adalah ditangan rakyat Malaysia. Jika rakyat Malaysia mendapati tiada keadilan pada orang yang berkuasa sekarang, tunggulah masa untuk orang-orang begini turun dari taktha kekuasaan yang ada padanya....

Apa yang terjadi adalah didalam pengetahuan Allah... semua yang berlaku telah ditentukan oleh-Nya.... namun Allah akan membantu orang-orang yang berada di jalan kebenaran dan kesabaran terutama pemimpin yang adil dan amanah....

Semoga pemimpin yang adil dan amanah tabah dalam mengharungi keadaan politik yang semakin membimbangkan di Malaysia yakni keadaan politik ini disebabkan ada pihak yang cuba mengunakan kaedah perebutan kuasa tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan yang sebenarnya.....

Thursday, May 7, 2009

Prima Avenue Day Match 4

--assalammualaikum.... another match day...quiet enjoy to see the match especially Dengkil Team B (Red jersey) vs Pjh Wanderes (dark blue jersey)...





Wednesday, May 6, 2009

Prima Avenue Day 4

Assalammualaikum and good day,

congratulation to MMU B volleyball team for win the match against Cyberview B.

DATE: 04 May 2009
TIME: 6.45pm
VENUE: Volleyball court, Old Town, Prima Avenue, Cyberjaya, Selangor, Malaysia.