Apa yang telah berlaku di DUN Perak amatlah sangat mengecewakan semua rakyat Malaysia kecuali kepada rakyat yang tidak endah tentang undang-undang perlembagaan. Keadaan perebutan kerusi speaker, speaker dipaksa oleh pegawai keluar dari dewan, penangkapan kepada sesiapa sahaja yang berbaju hitam, pelantikan speaker baru dalam keadaan huru hara walaupun speaker yang sedia ada masih sah dan belum meletakkan jawatan telah memberikan perspektif yang amat tidak elok kepada mata masyarakat Malaysia dan dunia tentang amalan demokrasi di Malaysia sekarang...
Apabila politik kucar kacir dgn tidak mengikut sistem perlembagaan yang sebenar, ekonomi akan turut terjejas, sosial semakin parah dgn sediada yang sudah parah....
Adakah inginkan kuasa, peraturan perlembagaan yang sebenar dimainkan dan diputarbelitkan...alangkah rakusnya orang-orang sebegini......
Walaupun kuasa dirampas, orang-orang sebegini kena ingat bahawa kuasa sebenar adalah ditangan rakyat Malaysia. Jika rakyat Malaysia mendapati tiada keadilan pada orang yang berkuasa sekarang, tunggulah masa untuk orang-orang begini turun dari taktha kekuasaan yang ada padanya....
Apa yang terjadi adalah didalam pengetahuan Allah... semua yang berlaku telah ditentukan oleh-Nya.... namun Allah akan membantu orang-orang yang berada di jalan kebenaran dan kesabaran terutama pemimpin yang adil dan amanah....
Semoga pemimpin yang adil dan amanah tabah dalam mengharungi keadaan politik yang semakin membimbangkan di Malaysia yakni keadaan politik ini disebabkan ada pihak yang cuba mengunakan kaedah perebutan kuasa tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan yang sebenarnya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment