Monday, May 11, 2009

Nizar menteri besar sah Perak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut.. (berita selanjutnya di:http://www.malaysiakini.com/news/104038)

Aku sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan yang diperolehi seorang pemimpin yang bermaruah, adil dan saksama. Dikala kemelut yang melanda di negerinya, beliau dengan saf pimpinan lain tetap berdiri teguh mempertahankan hak-hak rakyat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka semua.

Itulah liku-liku kehidupan bagi seorang pemimpin yang ingin memerintah dengan adil dan saksama, ujiannya sentiasa menanti. Namun, Allah tidak membiarkan hamba-Nya dikalangan pemimpin yang adil kalah dalam perjuangan dalam menegakkan yang jalan yang benar dan mencegah jalan yang mungkar. Inilah harinya, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya dalam memaklumkan kepada semua manusia yang beriman sesungguhnya untuk mendapatkan kejayaan, pelbagai ujian perlu ditempuhi terlebih dahulu.

ALLAHU AKBAR....

No comments:

Post a Comment